Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM sudah mempunyai senarai lengkap termasuk butiran terperinci keseluruhan sekolah-sekolah daif di seluruh negara.
Menurut menterinya, Fadhlina Sidek, KPM akan memastikan projek pembangunan sekolah-sekolah daif di seluruh negara akan dilaksanakan secara adil dan saksama termasuk melibatkan Sabah serta Sarawak selain disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan.